NOTA DARI TUAN TANAH

hi. selamat datang ke blog peribadi sy, rabiatul adawiyah. semua cerita yang dipaparkan di sini adalah berdasarkan cerita/pendapat peribadi saya sendiri melainkan dinyatakan terdapat copy/paste pada entry tersebut. terima kasih kerana menyinggah. selamat membaca ;)

Pages

Jumaat, 19 September 2014

sebenarnya, aku dah takde hempedu

assalamualaikum.

ni satu lagi entry basi yang dah lama taip tapi tak dapat disiapkan.
walau macam mana pun, aku tetap nak share.
mane tau dapat bagi kebaikan kat orang lain yang bace ye dok? :)

Ok lah..
Gini... Bulan November yang lepas aku dah start sakit perut...
Sakit perut rase macam sebu jek.
Pegi klinik doktor cakap gastrik.. Dekat 2 bulan lah sakit perut tu..
Kejap ade kejap hilang.
Dalam Disember ia kembali menyerang dengan agak teruk..
Setiap kali lepas makan aku asyik rase tak selesa, makan lambat sikit dah pening kepala muntah muntah.
Doktor masih sahkan aku gastrik.
Bulan Disember, seminggu sekali aku mesti jadi pengunjung tetap klinik kat Mantin tu.
Setiap kali tu aku dicas RM 90.
RM50 inject, RM 40 ubat. Duit belanja abah aku bagi abes kat klinik.

Masuk Januari keadaan sakit aku rase makin teruk.
Sampai lah satu malam tu aku habis makan dengan tito, khai, add perut aku sakit balik.
Aku beli Gaviscon. Lega kejap.
Menjelang 3 pagi..Perut aku makin sakit sampai muntah muntah and tak boleh tidur.
Aku call Tito mintak tolong hantar pegi klinik.
Nasiblah dia nak. Sampai klinik Nilai, doktor masih sahkan aku gastrik.
Inject aku ok. Melayang lagi RM 90.
Tapi bila sampai kolej, sakit perut aku menyerang balik pukul 6 pagi..
Aku kejut Add and dia call Tito mintak tolong hantar pegi hospital besar Seremban pulak.
Sampai sana doktor still sahkan aku gastrik. Bagi aku ubat kapur tuh and masuk 3 botol air.
Aku tak boleh baring, mesti nak muntah.
Macam2 test diorang buat kat aku.
Darah amek sampai 2x. Masih gastrik.
Aku kena tahan kat hospital sampai pukul 4petang. Kesian Add dengan Tito teman aku dari pagi sampai petang. Terima Kasih korang.

Minggu kedua Januari sakit perut aku datang selang 2 hari.
Balik kampung pun masih macam tu.
Tengah-tengah malam mak abah aku hantar pergi hospital masa tu.
Pegi Hospital Jelebu mula mula diorang suspek keracunan makanan.
Masuk air lagi 3 botol.
Bila aku cerita dah kerap kena, doktor bagi surat pegi refer kat pakar Seremban.
Lepas dari tu aku rasa ok sikit so aku terlupa pasal surat refer kat pakar Seremban! *Yer, teruknya aku!haha

Minggu ke tiga.. Sakit perut menyerang dengan hebat. tak kira masa.
Lepas makan je sakit perut, muntah-muntah.
Mase tu kat kolej. Tito lah yang banyak korban masa tenaga hantar aku pegi hospital besar Seremban.
Aku akan melawat hospital jam 4 pagi setiap hari masa minggu ke tiga tu..
Sampai doktor2 kat sana dah kenal aku dah.
"Eh, awak Rabiatul kan? Sakit perut lagi?"
"Eh Rabiatul, tak baik lagi gastrik awak?"
Begitulah soalan2 yang nurse and doktor bagi kat aku.
Aku? Sengeh je.
Yang aku ingat ada satu Nurse India agak berumur.
Dia cakap dengan aku.. "Maybe you ni bukan gastrik tau.. Mintak lah surat refer pakar.. Minggu ni dah 3x i jumpa you"
Aku sengeh lagik.
Mase tunggu diorang masukkan air tu... Dia ada borak2 dengan doktor aku tengok..
Lepastu doktor tu datang kat aku tanya bila start sakit macam mana rasa blablabla
Tak lama lepas tu dia jauh sikit dari aku and cakap kat phone... Then datang lagi 2 orang doktor.
Menjelang pukul 7 pagi,  3 orang doktor, 2 orang nurse datang kat tempat aku.
Diorang tengok report aku. Lepastu suruh aku check darah, jantung and xray.
Bila check semua tu diorang cakap semua ok. Mungkin GASTRIK lagi.
Pukul 5 petang aku balik kolej. Kesian betul aku tengok muka Tito.
Penat lah tu teman aku dari pagi2 buta sampai petang.



Minggu ke empat Januari,
Sakit perut aku dah tak dapat dibendung.
Add kat rumah dah tak tau nak buat apa.
Makan ubat gastrik pun x bekesan dah.
Gaviscon pun tak layan. Bagi susu, aku muntah balik.
Menangis nangis aku tengah malam tu.
Add risau. Dia call Tito suruh hantar pegi hospital.
Sampai hospital doktor dah risau.
Sekali lagi check darah. Masih tak dapat detect apa-apa.
Datang pulak segerombolan doktor praktikal.
Check aku. Entah apa diorang check pun aku tak tahu.
Macam-macam diorang tanya.
Doktor bagi aku surat refer pakar nak buat endoskopi.
Aku pegi buat appointment sebelum balik petang tu.
Tarikh appointment aku jatuh pada 21/02/2014
Lebih kurang sebulan lagi nak tunggu.
So, conclusion sakit aku masih takde jawapan. Petang tu aku balik.
Macam biasa Add dengan Tito teman. Muka diorang sangat-sangat penat.
Korang, aku hargai sangat budi baik korang. Tak tahu nak balas camne. :'(


Khamis 30/01/2014, (Minggu ke empat Januari)
Aku memang betul-betul tak tahan dah.
Perut aku sakit gila. Tak boleh isi makanan langsung. Bila makan, muntah.
Pedih tekak aku. Muntah kuning.
Aku pegi KPJ.
Terus jumpa pakar.
Dia tanya aku rasa macam mana?
Aku cakap, makan ke tak makan ke, lepas makan ke aku mesti sakit perut.
Doktor-doktor kat klinik and hospital cakap aku gastrik aku bagitau doktor tu.
Doktor KPJ tu terus cakap... Eh gastrik? Are you sure?
Aku sengeh and cakap.. "Don't know. Prev doctor say so"
Dia cakap. Tak mungkinlah.. I rasa u ada problem dengan hempedu u.
Tekedu aku.Problem dengan hempedu?
Dia suruh aku pegi buat ultrasound, check darah and datang balik kat dia lepas tu,
Aku pegi buat semua tu.

First ultrasound, doktor perempuan senyum je dia.
Dia sapu gel kat perut aku and letak mesin apa tah kat perut aku.
And tak lama tu dia cakap. "See, ada batu lah block saluran hempedu u"
Aku tengok skrin, ape pun aku tak paham.. Aku yer kan sajo.
Lepas tu, aku pegi test darah.
Nurse tu suruh aku tunggu.
Tak lama tu dia panggil aku. Dia bagitau aku dalam sel darah aku dah ada jangkitan kuman. Uhh?
Nak nangis beb masa tu.
Aku pegi kat bilik doktor tu balik. Report semua nurse tu hantarkan kat doktor.
Aku sampai depan doktor tu, tekedu, blur. Apa benda ek tiba-tiba pulak ada batu, kuman dalam darah? Apa ekkk?
Aku diam depan doktor. Dia tengok report. Dia tunjuk kat aku.. Batu tu besar. Block saluran hempedu aku. Dan, aku dah lambat jugaklah datang jumpa dia.
Dia bagitau batu tu memang dah block habis, aku kena operate ESOK!
Tekejut woi!
Apehal ekkk?

Doktor tu explain gitu gini.
So hempedu aku MUNGKIN dah rosak.
Operation and tengok sama ada hempedu tu still boleh pakai ke tak.
Kalau tak, buang habis lah. aku kena admit ward.
Sekali lagi aku tekedu.
Aku call abah aku. Bagitau semua benda. And dia cakap nanti dia datang hospital.

Aku kena puasa sehari sebelum endoskopi. Tapi disebabkan dari pagi aku tak makan apa apa lagi, aku terus buat endoskopi petang tu jugak. Dalam pukul 6 gitu.
Masa tu mak abah aku dah sampai.
Mak abah aku dibagi masuk tengok proses diorang.
Diorang inject and aku mamai gila.
Aku separa sedar. Rasa lah diorang masukkan camera dalam mulut.
Dijoloknya anak tekak aku. Rasa macam nak tarik keluar, tapi tak boleh.
Hahaha.

So, result nya usus aku ok takde pendarahan means aku takde gastrik,
Menunggu esok adalah satu penantian yang menakutkan.
Lepas endoskopi diorang hantar aku masuk wad balik. Sedar2, aku bukak je mata Tito dengan Khai depan aku tesengeh. Tekejut aku! Diorang tanya macam mana? Aku cakap macam ni lah.
And tah hapa2 lagi aku bebel. Masih di bawah pengaruh dadah kekdahnyaaa..haha

Jumaat 31 Jan 2014.
Pagi-pagi lagi nurse dah datang bagitau aku akan dioperate jam 7.30 pagi.
Waaa.. Nak nangis..Takut.
So, aku just be ready, tukar baju untuk bedah. Cekci you!HAHA
And tepat 7.30 pagi aku ditolak masuk bilik bedah. Ngeri kau..
Ada 2 doktor tunggu aku. Doktor first bawak borak tanya aku suka apa, boyfriend aku sapa, sayang boyfriend tak, sayang mak abah tak..lastly dia tanya nama aku sapa sambil pasangkan apa tah at muka aku. PENGSAN.
So, operate abes jam 12.30. Aku sedar jam 2. Ramainya orang dalam wad aku! Mak, Abah, Adik, Makcik2, pakcik2, sedara mara, kawan-kawan, Tito, Khai, Add, Liza semua ada. Aku masih mamai.
Merepek apa tah. buat malu je.
Mak aku cakap tadi doktor ada masuk tunjuk hempedu tu. Mak aku cakap dah bergerutu rosak dah.
Batu tu je doktor bagi simpan. Ni rupa batu tu.


Saiz lebih kurang duit 20sen lama, macam guli..keras macam batu..
Patutla sakit beria aku!
Huh.

So, nasihat aku kat sape2 je lah yang rasa sakit perut berbalik balik tu, pegi lah check pakar.
Sebab kita tak tahu kan penyakit kat dalam tu.
Gastrik, gastrik. Ni makan dia..
Jaga kesihatan, jaga makan.
Aku nak kaitkan kan penyakit aku dengan supplement aku amek tu kang takut kena serang.
Pasalnya, aku start consume supplement tu Julai lepastu start rasa2 tak selesa perut Ogos.
Still tahan and manintain. Sampai lah paling teruk November.
So, anggap je lah, penyakit ni memang nak ada. Kang panjang pulak cerita.

Kenapa nak tunggu poket bersedia baru signup takaful?
Sedangkan sakit tak pernah tunggu poket kita bersedia untuk bertandang.


K lah. Citer panjang2 pun bukan korang paham.

Wasap je aku untuk set app.
011.8555.214