NOTA DARI TUAN TANAH

hi. selamat datang ke blog peribadi sy, rabiatul adawiyah. semua cerita yang dipaparkan di sini adalah berdasarkan cerita/pendapat peribadi saya sendiri melainkan dinyatakan terdapat copy/paste pada entry tersebut. terima kasih kerana menyinggah. selamat membaca ;)

Pages

Selasa, 9 Disember 2014

Family trip 3 Hari 2 Malam ke Langkawi

Hi! Just nak share pengalaman aku arrange last minute plan untuk family trip ke Langkawi.
Kitorang pergi 6-8hb 12 2014. Yes, baru je lagik! :)
Trip ni boleh dikatakan trip tekejut.
Jam 2 pm, 28hb tanya siapa nak pergi Langkawi. Confirmed semua nak pergi, aku pun check Air Asia and MAS punya tiket mana lagi murah. And yup, Air Asia lah win.
RM 1400++ untuk 7 orang dewasa. (Pergi cuma mak dengan ayah aku jer check in beg (15kg sorang) Balik pulak parents aku, abang, aku and adik aku checkin beg (20kg sorang)). Aku x amek insurans tu (tawakal je lah) tapi aku select seat (RM 10 sorang, pergi balik)
Lepastu proses mencarik hotel and kereta sewa. Al maklumlah last minute punya trip.. Mak oi susahnya lah mencarik.. Semua full. Tapi, alhamdulilah.. Semua dipermudahkan.
Thru Booking.com, aku dapat book 3 bilik kat T Star Cottage kat Pantai Cenang. RM 430 untuk 3 bilik 3hari 2 malam. Disebabkan syarat-syaratnya setiap bilik maximum 2 orang, kitorang terlebih sorang, adik aku dicas RM20/malam. Jadinya total semua RM 470 untuk 3h 2m. Review banyak yang menakutkan buat aku risau jugak. Entah cemana la keadaan biliknya nanti. Kereta sewa, kawan adik aku cari sebab dia orang Langkawi. Alhamdulilah, dapat sewa Avanza RM150/hari. Total RM300 untuk 2 hari.

Bajet Keseluruhan:
7 adults.
Flight (pegi balik) : RM 1400++
Hotel: RM 470
Kereta sewa: RM150x2 =300
Minyak kereta: RM60

Makan:
Breakfast: RM 70x2 =RM140
Lunch: RM 100x2 = RM 200
Dinner: RM 150x2= RM300
Snek: RM 50x 2= RM 100

Tiket:
Cable Car: RM 25x7= RM 175
Makam Mahsuri: RM 10x7= RM70

TOTAL= RM 3215++
Nak selesa, letak la bajet RM3500. :)

Review untuk trip kali ni:

Flight Air Asia:
Kitorang sampai KLIA2 dalam pulul 4.30petang. (Flight pukul 6.25petang delayed pukul 6.45petang). Aku dah buat website checkin. Kiosk kat situ tak bleh pakai pulak untuk print tiket. So, kena lah pergi kaunter under "Website checkin" untuk print tiket and checkin beg.

Staff banyak membantu. Aku tak ingat nama staff yang membantu aku masa nak check in bag. Mase tu ade pulak timbul sikit isu. Satu makcik ni (sebab potpet2 banyak sangat!bukan nak dengar orang explain ape!) boleh dia sound family kitorang cut q dia. Padahal masa tu turn aku.. Nak tunggu abang aku sampai agak ambik masa. Memandangkan aku cuma kena tunggu abang aku je untuk pass tiket, aku ke tepi bagi laluan kat makcik ni tadi. Bila abang aku mai, and aku nampak dia ke belakang ke jap (maybe nak uruskan beg2 dia) aku pegi kat kaunter tu bagitau staff kaunter tu tadi abang aku dah ada. Ok, dia pass tiket and baca balik untuk make sure tiket and IC sama. Alih alih datang makcik tadi cakap dia tak abeh lagi check in. Staff tu bagitau Eh tak, dia dah datang tadi ni nak collect tiket ja. Makcik tadi teros membebel2 macam orang tak betul. Entah ape2. moral dia, kalau kau kat kaunter, jangan bajet semua orang nak cut q kau. Kadang2 orang tu yang dah bagi jalan kat kau dulu! Hokay?

Masa fly pun ok. Flight attendant aku bagi 5 bintang untuk flight ke Langkawi 6hb, 6.45 petang.
Handsome, friendly and helpful. Tq bos. Nama dia Danny ke ape aku x ingat! Semoga terus cemerlang memberi perkhidmatan! Siap buat compliment kat sini hokay! ;)

Sampai Langkawi jam 7.35 petang, 10 minit awal dari jadual.
Alhamdulilah. Sampai2 sana terus cari kaunter kereta sewa (kaunter kat airport Langkawi). Kaunter C19 tak silap aku. Masuk2 jer arrivals hall tu memang besepah orang kereta sewa kat situ (beza, mahal dengan murah and kereta ok dengan tak je lah). Kereta aku dapat quite OK. (3 dari 5 bintang). Kereta nampak baru cuma dalam ada sikit bau and air cond tak berapa nak sejuk. Amik kereta and terus checkin hotel.

T Star Cottage Review:
Location: OK je. senang nak carik. Memang dekat dengan Pantai Cenang. Cuma, parking tu susah sikit. Sebab kena parking kat bahu jalan jer (First come first serve basis!). Rupanya cottage ni ada provide kereta sewa sendiri jugak (mana la aku tau). Haha..T Star Cottage ni ok je bagi aku. Konsep bilik dalam taman boleh la kot! Dikelilingi pokok-pokok herba yang menhijau. Sejukkk je.
Checkin proses: Cepat and staff sangat2 membantu dan friendly. Muka pun ok je, manis senyum walaupun dah malam kitorang checkin. Layan je semua soalan kitorang tanya. Cara dia explain pun aku suka. Ni pun aku tak tau nama. Perempuan, pakai spek. Thak you lah awak. Kekalkan senyuman gitu, tetamu pun senang hati :)
Ruangan Bilik: Agak sempit. Memang untuk tidur dan mandi je. Best lepak kat balkoni. Sejukkkk.. Tapi kalau pagi, hati2. Ada monyet! Banyakkkkk!! Jangan letak apa pun makanan kat balkoni tu..Kalau tak.. paham2 lah yer.. Dah nama pun monyet! :P
Deposit: RM100/room. Total bayar cash malam tu: RM 470+300= RM770. Deposit ni dapat balik. Bagi aku worth it lah.
Overall: T Star Cottage ni memang ok. Decoration pun cantik. Toilet luas. Cuma, korang kena hati2... Toilet licin!
Tilam pun tebal and empuk. Sodap tido. Housekeeping memang takde. Kena clearkan sendiri. Kalau korang rasa nak stay untuk tidur malam je, aircond tak payah pun tak pe. Sebab kat cottage ni malam mak oi sejuk sampai ke tulang. (Aku tido kipas pun aku set pusing paling low.) Tapiiiiii.. Kalau korang ada plan nak lepak tido time tengahhari amek bilik ber air cond HIGHLY RECOMMENDED! Paneh bodonting hoi. Pastu, pasal extension plug, sila bawak sendiri sebab plug yang ada dalam bilik ni cuma 4. 2 plug bekembar (kembar siam agaknya -_-). Korang cuma boleh guna salah 1 dari 2 ni pada satu2 masa. Kalau dah berdua, nak charge hp, kamera, nk iron baju, nk  on kipas sekali pada satu2 masa? Ha kan dah susah. So, bawaklah in case ada apa2 nak guna kan. Iron aku bawak sendiri. Tak tahu lah cottage ni sediakan ke tak.
Tips: Silalah bawak toiletries sendiri, ubat nyamuk elektrik and extension plug sendiri. Sebabnya, cottage ni cuma bagi 2 buku sabun kecil, 2 helai tuala and segulung tisu walaupun korag stay seminggu. Kalau nak tukar tuala, kena charge RM 10/set (siap sabun kecik tu) and segulung tisu tu aku tak ingat. So, aku memang siap2 bawak tuala extra. Ubat nyamuk beli kat kedai runcit sebelah cottage tu. (Mahal weh! better bawak sendiri!).


Tempat Makan:
Yes, Pantai Chenang sangat lah banyak tempat makan. Tapi harga.. Ya ampunn.. Mahal gila! Takde la sedap mana pun.. Yang hado! Ingatkan makan tepi laut tu murah lah.. Hmm.. takde la..
6hb tu dinner kitorang p makan kat Restoran Mangga. Order nasi putih, tomyam campur 4 set, telur dadar 5 biji, sayur campur 2 set, udang goreng tepung 2 set, air campur2 tapi takde lah pun yang order jus buah. Makan kat itu RM 150++! Rasa? 2 dari 5 bintang. Aku tak recommended.

7hb tu pulak breakfast dekat kedai makan dekat2 dengan Restoran Mangga tu jugak. Pun hampeh. Nasi lemak kosong+ telur pun RM 3.50. Rasa pun hampeh. 2 dari 5 bintang. Ni pun aku tak recommended.
Lunch kitorang makan kat Zul Ikan Bakar. Lauk banyak dah habis sebab kitorang sampai lambat. Order ikan bakar je lah. 3 dari 5 bintang. Harga ok. Ikan bakar ok. Tak berapa nak recommended. Kitorang lunch kat sini sebab masa tu dah jam 3 lebih x lunch lagik. Dari Cable Car stop je lah.
Dinner pulak kat Lubuk Buaya area Pantai Chenang. Kat sini aku recommended. Sedap. 4 dari 5 bintang. Cumanya servis lambat! Maybe sebab ramai sangat orang. Kena pulak masa kitorang dinner tu time Malaysia lawan Vietnam. harga pun ok.

8hb pegi breakfast kat area2 airport. Ade roti canai yang kuah dia sangat sedap! Kalau dari airport, masuk simpang kanan, jumpa bulatan, amek kul 12. Jalan sikit nampak dah pakcik tu tebar roti canai. Milo ais pun sodap. Pekat! Harga pun murah. 4 bintang jugak. Ni pun aku recommended.
Lunch kat pekan Kuah pun kena pilih. Kitorang pergi makan kat Kompleks Pekan Rabu Langkawi. Mak oi harga! Lauk pun x lah sedap mana. Not recommended. Try pergi kat HIG hotel. Kat situ banyak foodcourt yang nice.
Petang sebelum naik flight kitorang sekali lagi pergi makan kat kedai roti canai pakcik tu.

Tempat lawatan:
Cable Car: Sekali masuk RM 25 sorang. Kena lah beratur and show IC kat kaunter tu masa beli nanti. Lepas tu nanti dia siap bagi masa pukul berapa kita akan naik cable car tu. Macam aku.. Gerak lambat. Sampai sana pukul 10 pagi. Dok beratur, pukul 11 dapat. Tiket pukul 1.30pm. So, kalau nak pergi, pergi lah berpagi pagian bagi mengelakkan buang masa yang lama kat sini. Kitorang habis semua dalam pukul 3.
Tips: bawak air mineral/snek letak dalam beg. Sebab, harga air mineral/snek kat atas tu 5x mahal. And sampai je kat atas tu memang akan haus gila. Sebab banyak jalan, panjat tangga. Yang lagi baik, sebelum sampai cable car tu bawak air mineral siap-siap. Kat area situ pun mahal!
Kat area cable car tu ade macam2 benda yang boleh menghabiskan duit korang. Yang pertama, bergambar dengan ular. 1 gambar RM10. Begambar guna kamera kita sendiri hokay. Kira kita bayar untuk bagi makan ular tu jer. Baik la korang pergi Zoo ke mana-mana2 ke kalau yer sangat nak amek gambar dengan ular! Aku banyak pergi jalan-jalan cuci mata je. Kalau beli waffle kat depan kaunter tiket tu sila tunggu! Kalau tak, lambat lagilah waffle korang siap. Dia bagi kat orang lain dulu :)

Dataran Lang: Aku pergi malam. Sebabnya kalau pergi siang/tengahhari paneh bodonting hoi. Bayangkanlah Pulau! Takde tapisan paneh eh. Kalau pagi ok lah. Malam pun tak ramai sangat orang. Bleh posing macam-macam style. Hehe..

Beras Tebakar/Padang Matsirat: Masuk free. Pergi pun melawat sikit2 je. Coklat kat sini kebanyakan lagi murah dari Haji Ismail Group. Ini pada pengamatan aku lah. Beza dalam RM2.  Kinder Bueno. Kat Padang Matsirat RM 16.90 kat HIG RM 18.90. Ada lah 2-3 coklat lagik yang aku perasan HIG lagi mahal. Kain batik pun kat sini agak murah dari tempat lain. Nak tawar harga pun aku rasa tak susah kat sini.



Gambar dan cerita sambungan akan menyusul.