NOTA DARI TUAN TANAH

selamat datang ke blog peribadi adawiyahrahman.terima kasih kerana mengunjungi blog ini.kalau tak suka,sila tekan tanda "x" kat atas sana.tiada paksaan untuk anda terus membaca blog ini.blog ini diwujudkan BUKAN UNTUK MENGUMPAT KAWAN-KAWAN.tetapi lebih untuk meluahkan perasaan sendiri.segala cerita adalah kisah hidup saya sendiri melainkan ditulis sumber-sumber entry yang saya copy paste.kepada yang busuk hati.KAU HADO?this is my blog..im repeat, THIS IS MY BLOG! tak suke?bleh blah.takde pon aku promote link blog aku kat kau kan. bye :)

Isnin, 26 Julai 2010

malam nisfu syaaban


Ada hadis menyatakan:
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Alhamdulilah..aq tidak lagi menyimpan DENDAM kpd mane2 pihak..aq harap segala pahit manis yang berlaku sbelum2 ni mnjd pengajaran dan pelajaran utk aq bljr dan terus matang mengikut usia...AMIN..:)

Mungkin ada antara kita yang masih tidak memahami makna NISFU SYAABAN...meh sini aq bgtau secara ringkasnye..Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar.
Ada yang menyatakan amalan yang boleh kita lakukan pada malam Nifsu Shaaban iaitu setelah selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya. Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dariNya, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."


Hari Nisfu syaaban adalah hari dimana
buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan
bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)Berikut juga adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Syaaban:

1.Solat sunat nisfu syaaban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya

i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allahii)
Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allahiii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi 15 Syaaban)

p/s:semoga hari ini lbih baik dr hari semalam.
SALAM NISFU SHAABAN..:)

0 4 orang yang baik hati:

Related Posts with Thumbnails